Wednesday, 5 September 2012

MATLAMAT

1.     Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,   berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan  yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
2.     Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
3.     Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
4.     Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu.

 PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

a)    Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

b)    Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

c)     Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

d)    Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

e)    Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

f)     Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment